Lilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie First Birthday tickers

Hyprobulksms



-->


Hyprobulksms

Wednesday, September 3, 2008

99 NaMa ALLaH (ASMauL- HuSNa)..

99 Nama Allah nie, adi taipkan semula dari buku yg adi baca...semoga dapat dijadikan amalan kita seharian, insyaAllah :D

1. ALLAH

- Jika membaca ‘Ya Allah’ sebanyak 5000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk lagi merendahkan diri kepada Allah, insyaAllah apa yang kita inginkan dan hajatkan akan terkabul dan berhasil.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Allah’ tiap-tiap hari 5000 kali, insyaAllah, datang kepadanya rezeki daripada tiap-tiap pihak.

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Allah’ tiap-tiap lepas sembayang fardhu 66 kali sampai 66 hari, insyaAllah jadi baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi. Adalah lebih baik pula diamalkan terus pada setiap hari.

- Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari 1000 kali, insyaAllah diberi ia kesempurnaan yakin.

- Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari Jumaat sebelum sembahyang Jumaat dengan suci daripada hadas dan najis dan hadir hati (khusyuk) 100 kali, insyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

2. AR-RAHMAN

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Rahmantiap-tiap hari 100 kali tiap-tiap selepas sembahyang 5 waktu, insyaAllah keluar dari hatinya lupa dan lalai dengan izin Allah Ta’ala.

- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Rahman’ 100 kali setiap kali selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam, memiliki hati yang bersih dan mudah hati.

3. AR-RAHIIM

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Rahiimtiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah dijadikan hatinya lembut dan kasih sayang akan makhluk.

- Barang siapa takut jatuh kepada sesuatu yang dibencinya akan dia, lalu berzikir dengan membaca ‘Ya Rahmannu-Ya Rahiim100 kali, insyaAllah diamankan ia daripada kejahatan barang yang dibencinya itu.

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali selepas sembahyang subuh, insyaAllah akan mendapati setiap orang berbaik hati, mesra dengannya dan suka menolong bila dalam kesusahan.

4. AL MALIK

- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Malik’ pada setiap masa akan dihormati, disegani dan menerima layanan yang wajar daripada orang lain.

- Barang siapa berzikir dengan menyebut nama ‘Ya Malik’ tiap-tiap hari kemudian daripada fajar atau ketika gelincir matahari sebenyak 121 kali, insyaAllah dikayakan akan dia dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah baginya.

5. AL QUDDUS

- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Quddustiap-tiap hari ketika gelincir matahari 100 kali, insyaAllah menjadi bersih hatinya dari rasa sombong, rakus, dengki, iri hati, dendam dan seumpamanya.

- Barang siapa berzikir dengannya 1000 kali, insyaAllah diselamatkan dia dari bala bencana.

- Hati siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali setiap hari, insyaAllah akan terlepas dari segala kebimbangan dan kecemasan.

6. AS SALAAM

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini sebanyak 160 kali kepada orang yang sedang sakit, insyaAllah akan dapat menolong pesakit itu sembuh.

- Apabila dibacakan akan dia di kepala orang yang sakit dengan nama ‘Ya Salaam’ sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara nyaring sekira-kira didengar oleh orang yang sakit itu dan dengan mengangkat dua tangan, insyaAllah disembuhkan akan dia dengan kurnia Allah selama tidak hadir ajalnya atau dikurangkan daripada sakit itu.

- Barang siapa membaca ‘Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrahmatullah Hiwabarakatuhtiap-tiap hari sebanyak 100 kali, insyaAllah tidak berasa ia akan sakaratulmaut (kesukaran menghadapi maut yang akan berpisah dari badan) dan menjadi mudah perkerjaan tidak jatuh ia pada kepayahan dengan izin Allah.

- Barang siapa membaca pada musim penyakit melanda dengan bacaan Salaam Kau min Rabbir Rahimtiap-tiap hari sebanyak 28 kali, insyaAllah selamat ia daripada penyakit itu.

7. AL MUKMIN

- Barang siapa mengulangi menyebut ‘Ya Mukmin’ ini, insyaAllah akan terselamat dari sebarang bencana.

- Apabila berzikir dengan nama ini oleh orang yang dapat takut dari sesuatu dengan membaca 136 kali, insyaAllah aman dia, dirinya dan hartanya daripada perkara yang ditakutinya itu.

- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang aman, insyaAllah bertambah-tambah imannya.

8. AL MUHAIMIN

- Barang siapa yang menyebut berulangan ‘Ya Muhaimin’ dan selalu membersihkan diri dengan wuduk, insyaAllah keadaan batin dan jiwanya akan selalu disinari cahaya (bersinar/terang).

- Barang siapa berzikir dengan nama ini 100 kali kemudian daripada mandi dan sembahyang 2 rakaat serta hadir hati berhadap bagi Allah, insyaAllah dibersihkan zahirnya dan batinnya dan tetap nur di dalam hatinya.

- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia kemudian daripada sembahyang Isyak 145 kali, insyaAllah kuat hafaznya dan ingatannya menjadi baik.

9. AL `AZIZ

- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ‘Ya `Aziz’ ini 40 kali selepas sembahyang Subuh selama 40 hari berturut-turut, insyaAllah akan terlepas daripada pergantungan pada orang lain.

- Barang siapa berzikir dengan nama ini 40 kali selama 40 hari dan yang terlebih baik kemudian daripada sembahyang Subuh, insyaAllah dikayakan dan di muliakan akan dia dan tidak dihajatkan akan dia kepada seseorang daripada makhlukNya.

10. AL JABBAAR

- Barang siapa yang mengulangi nama ‘Ya Jabbaar’ maka terpelihara ia daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselamat dari kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.

- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Jabbaar’ dalam amal ibadat sehari-hari sebanyak 206 kali atau 260 kali pagi dan petang, insyaAllah tidak kuasa segala orang zalim mahu menzaliminya dan jika mereka itu perbuat juga akan dia, Allah balaskan seksa baginya.


Yang selanjutnya adi sambung esok ya :D

No comments:

ALaNy CoMei